This is default featured slide 2 title

This is default featured slide 2 title

You can completely customize the featured slides from the theme theme options page. You can also easily hide the slider from certain part of your site like: categories, tags, archives etc. More »

This is default featured slide 3 title

This is default featured slide 3 title

You can completely customize the featured slides from the theme theme options page. You can also easily hide the slider from certain part of your site like: categories, tags, archives etc. More »

This is default featured slide 4 title

This is default featured slide 4 title

You can completely customize the featured slides from the theme theme options page. You can also easily hide the slider from certain part of your site like: categories, tags, archives etc. More »

This is default featured slide 5 title

This is default featured slide 5 title

You can completely customize the featured slides from the theme theme options page. You can also easily hide the slider from certain part of your site like: categories, tags, archives etc. More »

 

Kepulangan Dr Mahathir ke APEC saksi perdebatan AS-China

Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian Malaysia dalam perdagangan bebas dan adil sebagai pemimpin dunia yang paling berkuasa, menolak Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Vladimir Putin dari Russia, mengakhiri rundingan tahunan negara lingkungan pasifik selama dua hari di sini.

Beliau yang kali terakhir menghadiri APEC di Thailand pada 2003 menegaskan, akan terus lantang menyuarakan ketidakadilan amalan perdagangan demi menjaga kepentingan negara-negara membangun selain turut menyentuh mengenai era perubahan.

Bercakap pada Sidang Kemuncak CEO APEC di atas kapal pesiar di Fairfax Harbour di sini pada Sabtu, Dr Mahathir memberi beberapa petunjuk mengenai bagaimana bertindak balas terhadap perubahan yang timbul daripada gangguan teknologi seperti dialami pemandu teksi konvensional yang terjejas akibat saingan aplikasi teksi e-hailing.

Negarawan berusia 93 tahun itu kemudian diberi tepukan gemuruh hadirin selepas sesi selama 30 minit.

Papua New Guinea (PNG) dan rakyatnya adalah tuan rumah yang hebat, namun hasil sidang kemuncak itu sedikit mengecewakan kerana dibayangi perdebatan perkara yang tidak penting antara kuasa besar China dan AS dalam saingan untuk kawalan serantau.

Ini adalah kali pertama PNG, sebuah negara termiskin dalam kalangan 21 ahli APEC, menjadi tuan rumah perhimpunan yang sepatutnya memperincikan usaha integrasi ekonomi serantau dan meningkatkan kemakmuran bagi penduduk di rantau ini, yang membentuk 60 peratus penduduk dunia.

Sebaliknya, ia menjadi medan pertempuran untuk kuasa-kuasa besar meletakkan lebih banyak kawalan dan pengaruh terhadap rakan-rakan mereka yang kurang maju.

AS yang diwakili Naib Presiden Mike Pence dan Presiden China, Xi Jinping, terbabit dalam perdebatan hangat mengenai perdagangan bebas, globalisasi serta dasar luar yang secara terbuka menggunakan bantuan ekonomi dan pelaburan antara negara-negara untuk mengimbangi kebaikan diplomatik.

<iframe width=”560″ height=”315″ src=”https://www.youtube.com/embed/oMiIKO5VxPk” frameborder=”0″ allow=”accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture”

Russia, melalui Perdana Menteri Dmitry Medvedev, turut menyuarakan pendapatnya terhadap sentimen negara-negara yang lebih besar mengenai anti-fahaman perlindungan dan berhujah mengenai kejelasan dan ketelusan perdagangan.

Perdebatan itu membawa kepada kegagalan pemimpin untuk memutuskan perisytiharan rasmi bertulis selepas mesyuarat berkenaan, sekali gus mencipta sejarah buat pertama kali dalam APEC.

Bagaimanapun, 21 pemimpin bersama pemimpin korporat, sebelum meninggalkan PNG, berikrar untuk merangka visi bersama memajukan peranan APEC sebagai pemacu integrasi ekonomi dan pertumbuhan.

Pemimpin-pemimpin itu juga mahu memberi tumpuan untuk memperkukuhkan ekonomi digital, termasuk bagaimana membolehkan APEC lebih terbuka, boleh diakses dan pembangunan keselamatan dalam talian.

Perdana Menteri PNG, Peter O ‘Neill berkata, pemimpin yang berkumpul di ibu negara memberi harapan kepada rakyat tempatan untuk menyertai lebih banyak peluang ekonomi dari rantau Asia Pasifik.

Bercakap pada akhir sidang kemuncak semalam, Dr Mahathir berkata tidak banyak diketahuinya secara mendalam mengenai APEC ketika ini selepas meninggalkannya 15 tahun lalu.

Sidang kemuncak APEC tahun depan akan diadakan di Chile, sebelum Malaysia menjadi penganjur dua tahun lagi pada 2020.