This is default featured slide 2 title

This is default featured slide 2 title

You can completely customize the featured slides from the theme theme options page. You can also easily hide the slider from certain part of your site like: categories, tags, archives etc. More »

This is default featured slide 3 title

This is default featured slide 3 title

You can completely customize the featured slides from the theme theme options page. You can also easily hide the slider from certain part of your site like: categories, tags, archives etc. More »

This is default featured slide 4 title

This is default featured slide 4 title

You can completely customize the featured slides from the theme theme options page. You can also easily hide the slider from certain part of your site like: categories, tags, archives etc. More »

This is default featured slide 5 title

This is default featured slide 5 title

You can completely customize the featured slides from the theme theme options page. You can also easily hide the slider from certain part of your site like: categories, tags, archives etc. More »

 

Nota Penting!!

Antara beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian semasa bertugas di kaunter CLU ialah:

  1. Pelajar dari Kolej Vokasional Setapak dibenarkan masuk dan membuat rujukan secara PERCUMA.
  2. Buku-buku di bawah Rector’s Collection yang bermula dengan ‘sdr’ dan ‘szk’ TIDAK DIBENARKAN untuk dipinjam. Koleksi ini terletak di dalam ‘leisure reading area’.
  3. Para pengguna boleh membayar bil tertunggak secara ATAS TALIAN, tanpa perlu hadir ke kaunter perpustakaan. Ini berguna sekiranya pelajar telah tamat belajar dan berada jauh dari IIUM.
  4. Pelajar berstatus pertukaran (exchange/visiting) yang memiliki nombor matrik bermula dengan G192XXX telah DIBENARKAN untuk daftar sebagai ahli. Walaubagaimanapun, ruangan ‘user profile’ di dalam Symphony hendaklah diletakkan ‘presession’ dan pinjaman hanya 10 buah buku untuk tempoh 2 minggu.
  5. POST DOCTORAL FELLOW yang gambar dengan latar belakang warna merah pada kad staff dibenarkan untuk daftar dan masuk pada access gate, tetapi tidak boleh menikmati apa2 kemudahan sebagai ahli seperti peminjaman.

Br. Azley dilantik sebagai pemungut yuran kelab

Bermula Januari 2020 yang lalu, br. Azley Mohd Isa telah dilantik sebagai pemungut yuran kelab, menggantikan sr. Aindon Ahmad Razali. Setiap orang didalam unit CLU dikenakan sebanyak RM5 untuk menampung kos aktiviti, jamuan atau hadiah yang akan diadakan pada bila-bila masa. Kutipan yuran ini berjalan 1 kali sebulan. Pemberian yuran yang lebih dari itu sangat digalakkan. Untuk pengetahuan anda, jawatan ini tidak berada didalam KPI dan digalas secara sukarela. Personaliti lain yang turut memegang tugas sebegitu ialah sr. Fuziah, yang bertanggungjawab untuk memantau dan melaksanakan aspek pematuhan piawaian dari setiap warga kerja CLU sebagaimana yang digariskan oleh pihak pengurusan perpustakaan.

Br. Azley tercalon sebagai penerima anugerah

Br. Azley Mohd Isa baru sahaja disenarai pendek untuk dicalonkan sebagai penerima anugerah Administrative & Technical Staff Awards 2020  dibawah kategori Support Group-Techical and Sub-Professional. Beliau telah disenarai pendek bersama 9 calon lain yang bertugas di IIUM. Kesemua calon adalah mereka yang berkhidmat didalam gred perkhidmatan S. Antara peringkat penentuan penerima anugerah ialah mendapat undian yang tertinggi dikalangan rakan sekerja. Oleh itu, warga kerja CLU disaran untuk memainkan peranan mereka dengan mengundi br. Azley Mohd Isa. Pemenang akan menerima anugerah di hari Takrim Day yang akan berlangsung kemudian.

Lawatan ke Perpustakaan UPM & UKM

Pada 10 Februari yang lalu, 2 orang dari CLU telah dipilih untuk bersama sekumpulan pustakawan melakukan lawatan penanda aras ke Perpustakaan UKM & UPM. Tujuan lawatan ini ialah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan perkhidmatan yang disediakan perpustakaan tersebut. 2 orang itu ialah br. Azhari Zaihadi dan Mohd Azley Isa. Hasil dari sesi lawatan, mereka mendapati kepelbagaian perkhidmatan tidaklah jauh berbeza berbanding dengan Perpustakaan IIUM. Walaubagaimanapun, wakil CLU mendapati:

  1. cara mereka melaksanakan dan membudayakan pemikiran kreativiti dan inovatif dari setiap unit dalam organisasi boleh dipuji.
  2. Selain itu mereka bijak memanfaatkan prasarana perpustakaan dan sumber manusia untuk menambah dana kewangan perpustakaan.

Diharapkan dengan lawatan ini perwakilan dapat mengaplikasikan idea-idea penambahbaikan yang diperolehi untuk dilaksanakan didalam perpustakaan sendiri.

Anak sr. Norlian Mohamad Zubir dimasukkan ke wad

Tiada apa yang diharapkan oleh seorang ibu pada anak kecilnya selain membesar dengan sihat dan gembira. Tapi musibah telah terjadi pada sr. Norlian kerana bayi lelakinya, Naqib Ahmad b. Abidin telah dimasukkan
ke wad selama 4 hari kerana disahkan positif Influenza A. Naqib Ahmad telah ditempatkan di wad kanak-kanak dalam tempoh tersebut. Untuk makluman, Inluenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A. (sumber dari https://kpkesihatan.com/2015/05/15/soalan-lazim-faq-berkaitan-penyakit-influenza-a-h1n1/ ). Kami warga CLU berdoa agar anaknya terus sembuh
dan dipermudahkan segala urusan oleh-Nya. Insya-Allah. Amiin.

Tahniah sr. Zaleha Ibat & Aindon Ahmad Razali

Acara undian bagi pemilihan Jawatankuasa KKPUIAM sesi 2020/2022 baru-baru ini telah sebulat suara memilih 2 orang kakitangan dari unit CLU (Counter & Lending Unit) iaitu sr. Zaleha Ibat (Biro Kebajikan) dan sr. Aindon Ahmad (Biro Wanita). Mereka telah dipilih melalui sesi undian yang dijalankan pada 6 Januari 2020 dan yang mendapat majoriti telah terpilih untuk mengetuai biro masing-masing. Sememangnya pihak CLU berbangga diatas pencapaian mereka kerana menganggotai pucuk pimpinan kelab yang menaungi semua pekerja yang bekerja didalam perpustakaan UIAM Gombak. Adalah diharapkan kita dapat sama-sama memberikan sokongan kepada mereka dalam menjayakan sebarang program atau aktiviti kelab.

Salam persaraan dari CLU untuk Encik Hafit Husin

Pada petang 9 Januari yang lepas, CLU (Counter & Lending Unit) telah meraikan perpisahan Ketua CSD (Customer Service Division) yang akan bersara mulai esok, 10 Januari 2020. Warga kerja CLU sempat mengucapkan selamat bersara dan bersalaman sebelum Encik Hafit Husin mengakhiri tugasnya. Sempena persaraannya, kakitangan CLU telah menghadiahkan 2 anak pokok durian sebagai kenang-kenangan untuk beliau. Sebelumnya iaitu pada 6 Januari, pihak KKPUIAM telah mengadakan Majlis Farewell & Hi-Tea untuk beliau. Selain itu, pada 29 November 2019, Encik Hafit Husin telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau sepanjang bekerja di perpustakaan, di hadapan kakitangan lain. Sambutan dari majlis ‘sharing session’ ini sangat memberangsangkan.

Assalammualaikum CLU

Ini adalah medium tidak rasmi warga CLU untuk berkongsi tentang apa sahaja perkembangan di pejabat dan luar pejabat. CLU atau dikenali Counter & Lending Unit ialah unit di barisan hadapan dalam perpustakaan IIUM yang memberi khidmat kepada pengguna. Kami akan paparkan berita-berita warga kerja CLU yang berlaku di dalam dan luar unit seperti kelahiran, hobi & minat, perniagaan, kisah hidup, pencapaian dan sebagainya. Warga kerja CLU terdiri dari seorang pustakawan kanan, 3 orang pembantu perpustakaan kanan dan 9 pembantu perpustakaan. Semoga dengan adanya saluran seperti ini hubungan sesama warga kerja perpustakaan Dar al-Hikmah dapat terus dieratkan. Pembaca boleh memberikan maklum balas melalui ruang komen di setiap berita.